**************************** Syair Sejarah Negeri Johor **************************** Awal bismillah mukaddimah salam Mengimbas gemilang kisah nan silam Barang terkhilaf adanya kalam Pinta ampun luar dan dalam Adapun pertama menyorot kisah Imbas nan lalu waktu mendesah Yang baik iktibar yang buruk usah Andai dikenang mengundang resah Gerangan berperi tanah bertuah Buminya suci lagi wardiah Cita disanjung ulung dan niah Itulah negeri gemilang sebuah Masyur negeri tersebar serata Tanah johor demikian diwarta Adalah pemerintah memegang tahta Sultan Alauddin Riayat Shah duli mahkota Melaka asalnya kesultanan melayu Jelata rakyat duli kehayu Serata patuh menghidap rayu Semangat nan kental tidakkan layu Mula sejarah turun temurun Memegang daulat berabad kurun Teraju perang mempamer gerun Biar bertmpur pertahan karun Berdatang kurnia dibawah duli Panggilan mangkat cuma sekali Tiada betah usia meyangkali Daulat tuanku benih nan asli Johor lama kerajaan baginda Sultan mahmud syah punya adinda Sekian lama dipentas persada Terkenang jua segala sabda Sultan Muzaffar memegang tahta Lipatan sejarah empunya cerita Sempurna lengkap segala senjata Pertahan musuh melanggar kata Konon ditengar cerita orang Gagah berani panglima perang Musuhkan gentar menyerang Mengundur lalu tiada dilarang Abdul Jalil Syah namanya sultan Menjunjung mendukung perwira watan Seisi kerajaan saling pautan Kasih tertumpah bersambutan Seabad lama tahta dijulang Disebut tanah jajahan terbilang Demikianlah dilaung berulang-ulang Masyurnya Johor bukan kepalang ]sultan Muzaffar raja bestari punya ipar darah sendiri itulah dikhabar sehari-hari dibatu sawar kerajaan didiri nama perkenan sultan diraja Ali Jalla Abdul Jalil bermaharaja Pinta mengolah menyusun kerja Namanya mewangi bak harum seroja Ipar raja menaiki tahta Sultan Alauddin Riayat punya cerita Daulat berkat serita mahkota Titahnya pasti tersebar serata Adalah cerita kemudian waktu Bersilih sultan sudahlah tentu Teman dikamar paduka ratu Bersama rakyat sepakat sekutu Abdullah Muayat Syah bernama sultan Tercatat masyur berdarah bentan Gagah berani teraju watan Jelata berpadu menyimpul ikatan Bernama pula anak saudara Abdul Jalil Syah sultan pelihara Utusan tersembah kepada bentara Berkehendak memacak panji bendera Dibuat kisah pertualang hasat Menyimpang lurus menjadi sesat Sultan Ibrahim di Riau berpusat Difitnah bertitah seru nan sesat Akan sudahnya lagenda membungkar Fitnah seteru bak laut bersakar Tersingkap yang dusta cuma berlakar Keliru bertindan bak semak belukar Itu anatara ragam dugaan Menyerlah cereka bercabang haluan Adapun baik peri kelakuan Rakyat jua tafsir nilaian Setelah lama dekad ditakluk Berganti jua tiada bertolok Bandingan tidak kebanyakan makhluk Sultan mahmud syah zuriatnya elok Asal melaka konon diselidik Istana meriah dayang dan gundik Menganggap raja sempurna cerdik Harmoni jelata bak adik beradik Kuasa tuhan memberi laknat Barang siapa berniat khianat Ada yang wajid dikata sinat Tentu itu melanggar amanat Serata negeri mendengar kelu Darah bangsawan meratap pilu Mangkat dijulang diarak kehulu Semadi zuriat tidak berbalu Sultan Mahmud mangkat dijulang Waris tiada junjung bergalang Seisi istana menjadi walang Peristiwa ngeri tiada gemilang Sudah terkhabar segala panglima Musyuarah telah sekian lama Siang malam genap purnama Pengganti tidak ada yang sama Adapun tiada berapa tikanya Terdetik fikir akan disuruhnya Pembesar Johor sepakat melantiknya Pemangku sultan begitu kiranya Makan adalah berbesar hati Melihat akan jasa dan bakti Memilih teraju demikian pekerti Bendara Tun Abdul Jalil sebagai ganti Keturunan asalnya Padang Saujana Bendara Tun Habab bijak laksana Punya peranan melengkap sempurna Segala titah yang sultan warna Kuning lantai diwarna hamparan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah gelaran Tingkah dan laku tiadalah baran Sesuci hatinya bak indah pancaran Setelah berkenan akannya sikap Jelata rakyat ucap bercakap Tentang urusan yang penuh cekap Kebawah duli sudi melengkap Adapun terlakar sejarah lalu Peristiwa berulang tentunya pilu Berontak rakyat sudah selalu Mangkat dibunuh ratap bertalu Mendengar gundah hati nn dalam Sepakat jua siang dan malam Akhirnya mengikut jua resmi kalam Putera berwaris memerintah alam Akan bernama segala warta Raja turun diatas genta Bugis lima bersaudara memberi kata Itulah bantuan melengkap cita Dibuat kisah negerikan rebah Sulaiman Badrul Alam Syah yang disembah Daulat sultan tiada berubah Meskupun titah ada yang gubah Tercatit pula dicoret antelas Adinda ipar mengharap belas Antara terpaksa memberi ikhlas Daeng Merewah pangkat tak jelas Antara pertama cuma sekali Yamtuan Muda Johor digelar duli Kononya mahir dagangan beli Ulung diiktiraf berkali-kali Begitu rentetan zuriat bendahara Empayar Johor terus terpelihara DiLingga berpusat berapa antara Sehingga masyur tidak terkira Selang ketika akan baginda Mendapat alamat mimpi ayanda Titah segera sempurna armada Menanti serangan amuk garuda Rupanya mimpi membawa alamat Pemerintahan Johor meniti penamat Gemilang dahulu hilang teramat Gagasan berpecah petanda keramat Empayar nan besar berpecah dua Wujudnya lama antara tertua Belanda Inggerismuncul bersua Akhirnya negeri terjajah jua Demikian resam tetamu bertandang Hajat berbudi berkenan datang Rupanya ada niat ditatang Menjajah negeri dengan janji lantang Maka adalah pembesar bertiga Dititah sultan menyiap dermaga Sehingga baldu alasnya tangga Adanya dikepulauan Riau-Lingga Dengan sokongan para pembesar Abdul Rahman Muazam Syah tiadalah kasar Bergelar sultan antara berkisar Dilantik belanda nan kuasa besar Adapun pemerintah pulau temasik Sultan Hussain Syah Inggeris merisik Khabar didengar ada berbisik Tanah Johor jua mahu diusik Tetapi sungguhpun Inggeris memberi Cagarnya besar menggadai negeri Bimbang sultan terkunci geri Daulat Singapura pantang cemari Tercemar duli itu ibarat Singapura akhirnya ditakluk barat Sudah takdir terkena jerat Hati yang tenang ditusuk sarat Adalah Inggeris membuat susunan Melantik pembesar sudah berkenan Darah Temenggung punya keterunan Masyur kembali bak segar embunan Dengan Temenggung janji terpatri Sultan Ali setuju turuni Dengan itu Johor lestari Dibawah Temenggung perintah negeri Putera tuanku jua berjanji Sultan Hussain Syah zuriat teruji Melepas tahta berganti panji Temenggung Ibrahim amanat tersaji Kini Johor ibarat serpihan Usah menentang tiada bertahan Akhirnya rebah perlahan-lahan Moga tak lenyap mudah-mudahan Berpindahlah tangan sebuah kota Dahulu empayar empunya mahkota Telah dijajah berkenankan harta Portugis Belanda Inggeris sama sekata It antara suka dan duka Sejarah menyingkap kisah merangka Tanah Melayu saksi terbuka Melihat langit kini merdeka Bagaikan mimpi dibangkit tidur Andai berlalu takkan berundur Jadikanlah nyata dari yang kabur Ibarat digilap emas bersadur Adapun Johor sebuah halaman Negeri indah permai dan aman Bijaksana sultan mentadbir aman Adat budaya terpelihara berzaman Sekali bangsa rukun berdiri Dibawah bumbung bumi sendiri Bersatu rumpun satu negeri Gemilang masyur bertambah peri Silam mengimbas kisah berbangkit Walau tak banyak tetap terungkit Semuanya tidak cuma sedikit Itu digambar mana yang lekit Tergulung sudah sebuah kalam Adapun terdengar siang dan malam Dikenang orang tak pernah kelam Cuma usang dimamah silam Demikian tuan hampa berseri Hanya yang baik teladan diri Yang buruk usah dihampiri Supaya sejahtera diri sendiri Nukilan Bertinta: syamputra
|