************************* Syair Cinta yang Luka ************************* Kisah tersorot sejarah mengimbas Memori rindu musim merentas Kasih sebutir kurantai utas Tinta tertumpah didaun kertas Sudah termaktub gerangan cereka Manis ditelah pahit belaka Sembuh tak pernah dihati luka Rupanya ditelek jasad celaka Runsing bermain dimata fikir Berdendang lara bak gendang dikir Sudahnya tidak istana diukir Ranap rentap bal tasbih zikir Lalu aku memasang tekad d Demi kasih yang sudah melekat Janji terlafaz kupegang erat Bagaikan jari susunnya rapat Bahagia bersama terlalu indah Sehidup semati kotakan madah Belaimu itu penghilang gundah Akhinya cinta tetap berdarah
Proses penulisan puisi Judul puisi : Syair cinta luka Latar masa : Disember 2000 Latar tempat : Taman Dagang. Selangor Bentuk puisi : Syair Penerangan Syair yang saya hasilkan ini adalah merupakan syair cinta yang lahir akibat perpisahan yang dicantum kembali.saya menghasilkan syair ini dirumah kawan baik saya di Taman Dagang dan saya memerlukan lebih dari 2 hari untuk menyiapkan syair ini. Untuk menghasilkan syair ini mestilah meneliti tentang bentuk dan skima penulisan puisi ini sendiri. Penggunaan perkataan jua mestilah mempunyai perkaitan antasa sebaris dan sebaris yang lain dalam satu rangkap itu. Saya memulkan syair ini pada lewat malam dan saya meletakkan tajuk syair itu dahulu dan saya menggariskan segala apa jua perkataan didalam rima akhir yang sama . contohnya perkataan dibawah rima ka iaitu Belaka Cereka Melaka Celaka Luka Cempaka Pemilihan perkataan mestilah selari dengan maksud yang hendak disampaikan. 5 rangkap syair ini sudah cukup bagi saya untuk menggambarkan sebuah hati yang keliru sama ada terluka ataupun tidak. Kesudahan pada rangkap dan baris yang terkahir sudah cukup menerangkan keseluruhan makna iatitu tentang hati yang luka berdarah. Jadi disini, penghasilan bentuk syair lebih rumit berpanding pantun dimana syair tidak mempunyai pembayang ataupun pemaksud dan ini menyebabkan adakalanya syair itu tidak begitu popular dalam penulisan kerana kerumitan penghasilannya. Tetapi dari segi kepuasan penghasilan syair adalah yang paling memberikan kepuasan yang paling hebat. Apabila alunkan dalam bentuk syair sudah tentunya memberikan penghayatan yang lebih hebat.
|