syamputra

Home

Selamat Datang | Pencak Diri | Tinta Jiwa | Renungan | Wajah Pujaan | Biodata | Favorite Links | Contact Me | Johan Juara | Syurgaku | Bunga Berbunga | Novella Gabass | Karya Agung | Diari Hati | Puisi Cinta | ReRalat | Articles | Project Paper | Publisiti | Lirik lagu | Idola Minda | Sajak | Pantun | Syair Pujangga | Madah Bermadah | Bicara Lara
Articles

.........................

Internet : Antara Gejala Dan Kepentingannya Kepada Golongan Remaja.


Malaysia dalam era globalisasi sedang menghadapi satu perubahan radikal atau satu revolusi baru. Ianya merupakan satu revolusi yang bersifat global yang berupaya mengubah kehidupan manusia di mana-mana sahaja. Revolusi atau gelombang yang sedang dan akan mencorak dunia ialah gelombang ketiga, selepas revolusi pertanian dan revolusi perindustrian. Gelombang ketiga ini sedang membawa perubahan yang mendadak kepada dunia. Inilah yang dinamakan gelombang Era Maklumat yang akan mempercepatkan proses globalisasi dan mencorak semula ekonomi kita. Teknologi yang menjadi pemangkin ialah teknologi maklumat (IT). Pembangunan dan perkembangan IT ini semakin cepat sejak akhir-akhir ini disebabkan terencananya satu era yang akan menggantikan alaf ke-20. Alaf ke-21 yang menjanjikan pelbagai cabaran dan kemungkinan akan menjuruskan dunia kepada bentuk ekonomi baru dan terjelmanya ekonomi digital yang berteraskan IT, khususnya Internet.
Internet singkatan bagi Inter Networking merupakan suatu rangkaian komputer di seluruh dunia. Pelbagai maklumat disebar atau dicapai serta diperolehi melalui internet dan kita perlu mempelajari bagimana mengendalikan internet pada dekad alaf baru ini bagi mengendalikan penggunaannya. Didalam era globalisasi ini adalah lebih berfokuskan kepada dunia tanpa sempanan. Elemen penting dalam menentukan samaada negara maju atau tidak adalah bergantungan dengan peranan yang dimainkan oleh para remaja generasi yang mewarisi dunia pada alaf mendatang.
Golongan belia merupakan kelompok terbesar yang merangkumi 41.8 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Manakala remaja pula adalah golongan yang mendominasikan kategori belia. Justeru itu golongan remaja adalah sangat signifikan dalam mencorakkan kesinambungan kegemilangan negara dan menjadi pewaris genarasi kepimpinan masa kini serta tamadun akan datang. Golongan belia dan remaja ini telah diberikan satu tanggungjawab bagi meletakkan cita-cita peradaban masa lampau bukan lagi angan kosong tetapi kenyataan yang direalisasikan. Ini menyebabkan golongan ini dikatakan aset negara yang sangat berharga. Tidak hairanlah jikalau Perdana Menteri Malaysia telah melatakkan golongan ini sebagai elemen terpenting dalam pembangun agenda negara kelak. Didalam ucapannya ketika melancarkan Pelan Induk Belia Negara (PIBN), sempenan Perhimpunan Hari Belia di Stadium Kubu pada 31 Mei 1991 :

Wawasan 2020 lebih tertumpu kepada golongan belia dan lejayaan program-program tersebut akan lebih bergantung kepada keupayaan belia-belia .
Kata kata tersebut menunjukkan bahawa kesedaran dan penglibatan golongan remaja adalah amat penting dalam pembangunan negara. Di sesetengah negara maju, generasi muda telah membesar dengan penggunaan teknologi maklumat, khususnya Internet telah lama wujud. Mengikut kajian, generasi remaja ini tergolong dalam lingkungan umur seawal tadika dan paling tua pun dalam sekitar 20-an. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam dunia tanpa sempadan ini walaupun kadarnya masih kecil.
Apa yang membezakan generasi ini dari generasi sebelumnya adalah mereka membesar dengan dikelilingi oleh media digital. Komputer boleh didapati di rumah, di sekolah, kilang dan pejabat. Teknologi digital seperti kamera, permainan video dan pelbagai CD-ROM sudah menjadi kebiasaan kepada mereka. Apa yang menariknya disini ialah semua media baru ini sedang dan boleh disambungkan kepada rangkaian Internet. Sekarang ini golongan remaja yang terdedah dengan dunia IT tersebut menganggap bahawa teknologi digital merupakan sebahagian dari kehidupan.

Generasi inilah yang akan mengubah senario ekonomi dan sosial masyarakat alaf ke-21 dan mereka akan menjadi lebih berpengetahuan serta celik berbanding dengan ibubapa mereka. Generasi Internet merupakan desakan atau agen bagi transformasi sosial. Tidak ada isu yang lebih penting kepada ibubapa, guru-guru, penggubal polisi, pemasar, pemimpin perniagaan, dan aktivis sosial selain daripada memahami apakah yang bakal dilakukan oleh generasi Internet dengan pengetahuan serta kemahiran digital mereka. Pemahaman ini penting bagi mempastikan bahawa apa yang disediakan untuk generasi pemimpin tersebut akan dapat membantu mereka menjadi manusia yang bukan sahaja mahir dalam teknologi, malah terus kekal menjadi manusia yang tidak berunsurkan mesin.
Problema yang menyangkal kepentingan internet ini khasnya kepada remaja telah menjadikan internet ini seolah olah duri dalam daging. Penggunaan internet mempunyai impak tersendiri dalam mempengaruhi remaja khasnya. Aplikasi internet yang semakin canggih memungkin internet ini menguasai pemikiran yang keterlaluan sehingga membantu proses penyalahgunaan internet. Remaja khasnya lebih cendurung dalam aktiviti luar sihat dengan menggunakan internet sebagai media bagi melunaskan kegiatan yang tidak memberi hasil ini. Dunia dirasakan semakin kecil dari segi komunikasi dan kehidupan bergerak dengan pantas sejajar dengan media tanpa wajar itu yang mempunyai kehebatan menakluk dunia dalam pelbagai segi capaian maklumat.
Satu kajian yang dibuat oleh GartnerGroup, badan penyelidik di Stamford, Connecticut Amerika Syarikat, mendapati bahawa 90 peratus pengguna Internet didatangi e-mel tidak diundang secara mingguan dan lebih 50 peratus daripadanya secara harian. Remaja yang mempunyai pengetahuan dan sentiasa melayari internet sudah tentu mempunyai pendaftaran e-mail yang tersendiri. Dari sinilah antara punca berlakunya kegiatan penyebaran dakyah dan kenyataan berupa fitnah disalurkan. Remaja yang terselamat dari fenomena ini hanyalah pengguna yang telah mengambil langkah yang ketat dengan meletakkan perisian pertahanan anti spamming dalam aplikasi e-mel mereka. Walauapapun golongan remaja merupakan golongan yang menerima apa sahaja yang dianggap terbaru. Penerimaan anasir-anasir yang membohongi remaja akan menyebabkan mereka terpengaruh dengan kenyataan fitnah itu. Jadi tidak hairanlah jika dilihat golongan remaja adalah antara golongan yang menunjangi segala aktiviti yang melibatkan reformasi, aktiviti keganasan dan perlakuan sumbang. Gejala ini seolah-olah mencabar dunia dengan peningkatan pengguna internet diseluruh dunia. Menurut pihak penyelidik Forrester Research, jumlah pelanggan Internet di Amerika Syarikat sahaja akan menjangkau dari lebih 28.7 juta ketika ini kepada 77.6 juta pada tahun 2002. Perangkaan ini memberi penafsiran bahawa semakin besar penggunaan internet jika tiada kawalan dari segi aplikasi sudah tentu lebih besar remaja khasnya remaja di Malaysia akan terdedah dan ini ditambah dengan pengaruh rakan sebaya bagi memungkinkan gejala ini lebih berleluasa.
Internet sebenarnya sedang memberi kesandan impak tersendiri kepada kita semua. Kaedah kita mendapatkan kekayaan, struktur organisasi, sifat perdagangan dan pemasaran, penyediaan sistem bagi hiburan merupakan bidang-bidang yang akan berubah. Peranan pembelajaran dinamik dalam ekonomi digital, kaedah baru kerajaan dan pentadbiran kerajaan, dan perubahan negara bangsa turut akan dimainkan secara aktif oleh generasi Internet. Remaja dengan anjakan pemikiran melenium kini mempunyai acuan penilaian tersendiri. Golongan ini bukan lagi menganggap lepak di pusat hiburan dan membeli belah sebagi destinasi mereka tetapi menjadikan kafe siber internet sebagai sarang perlepakan terbaru. Kebanyakkan mereka sanggup menghabiskan berpuluh-puluh ringgit bagi mendapatkan khidmat pelayaran internet dan ini memungkin mereka lalai dan leka terhadap proses pembelajaran secaralangsung yakni disekolah. Malah ada diantara mereka yang sanggup ponteng sekolah untuk meluangkan masa di hadapan layar internet kerana masa yang meraka perolehi bukan dibuang untuk proses disekolah yang dikatakan kurang berfaedah. Ini merupakan gejala yang jika tiada kawalan akan memudaratkan remaja itu sendiri.

Fenomena di Malaysia yang mempunyai pengguna Internet sekitar 2 juta orang pun sudah dapat dilihat kesannya. Remaja dan pelajar-pelajar sehingga peringkat pengajian tinggi lebih senang menghabiskan masa dengan Internet. Kegiatan mereka pelbagai di Internet, dari mencari maklumat bagi memenuhi nota pelajaran dan kuliah, sehingga kepada kegiatan sosial berupa hiburan dan berborak. Trend ini akan berterusan kerana media baru ini akan menembusi keperluan di rumah, menjadi lebih mudah digunakan dan berkembang secara pantas dalam perkhidmatan serta kandungan. Lama kelamaan tidak hairanlah perhubungan secara normal dan perbicaran secara bersemuka tidak lagi menjadi persoalan. Remaja dengan ini sukar untuk menunjukkan ketrampilan formal dan ini menjadi remaja tidak yakin dengan jati diri kerana mempelajari sesuatu itu secara tidak realiti. Praktikal yang menjadi pengiktirafan zaman ini tidak lagi dianggap penting dan ini menyebakkan remaja tidak lagi mementingkan soal personaliti yang baik.
Dari sudut lain, media digital menghasilkan perubahan persekitaran drastik terhadap kegiatan yang disebutkan. Hasilnya, sama ada lebih baik atau lebih buruk, akan mempercepatkan perkembangan remaja. Perkembangan remaja ini ditekankan terhadap evolusi pemikiran, kemahiran bahasa dan kemahiran perhubungan sosial. Ia juga tidak melibatkan perkembangan kognisi, kecerdasan, pertimbangan, personaliti dan perasaan jati diri. Dunia interaktif berasaskan Internet yang terbentang akan menjadi faktor tambahan kepada pembentukan nilai-nilai di atas disamping bertentangan dengan itu nilai praktikal tidak bersesuaian dengan penggunaan aplikasi internet sebagai media pembentukkan sahsiah diri.
Internet merupakan segmen media yang paling pantas berkembang dan rentetan dari ini tidak dinafikan bahawa kebanyakan teknologi terbaharu dalam masyarakat, termasuk Internet, sudah pasti akan mengancam status quo dan norma kehidupan yang kita jalani sejak sekian lama dahulu. Melalui proses komunikasi yang pantas dari segenap ceruk dunia, Internet seharusnya menjadi alat menggelakkan pemikiran stereotaip, dan pandangan setiap individu diadili secara saksama tanpa mengira agama, bangsa, budaya atau jantina. Itu adalah mengikut teori dan realitinya tahap pemikiran remaja khasnya masih tidak berubah kerana mereka hanya mempelajari semua pendekatan itu secara teori ilmiah. Ini adalah antara kelemahan yang dapat dikesan secara tidak langsung.
Atas sebab itulah organisasi seperti MIMOS Berhad melalui JARING terus mengembangkan prasarana rangkaian bagi menampung aplikasi ekonomi digital di alaf depan. Misalnya, JARING sekarang ini sudah mempunyai lebih 73 nod-nod yang ditempatkan di seluruh negara, termasuk di bandar kecil. Penubuhan organisasi seperti JARING akan lebih mengawal pengeksesan laman web yang tidak bertepatan dengan budaya dan situasi masyarakat di Malaysia. Langkah ini adalah wajar dilakukan supaya dunia tanpa sempadan mempunyai kawalan dan pentabdiran maya yang telus agar pronografi yang melanda tidak mempunyai tunjuangan yang kukuh. Walaupun begitu, masih ramai remaja yang terlepas dari kawalan ini. Mereka menggunakan kemahiran untuk melepasi kawalan dari JARING dan ini menyebabkan kita mengetahui JARING masih perlu dikaji semula bagi memastikan keberkesanan fungsinya.
Beberapa situasi peristiwa penyalahgunaan Internet yang telah berlaku di kalangan masyarakat Malaysia menunjukkan bahawa ada segelintir pengguna khasnya remaja tidak tahu bagaimana mengawal tingkah laku semasa menggunakan medium ini. Bayangkan Internet sebagai sistem urat saraf di mana maklumat meloncat daripada satu cabang ke satu cabang. Setiap persimpangan memeriksa cebisan maklumat, memastikan destinasi dan mengerakkannya ke arah yang betul. Sepanjang laluan terdapat berjuta kotak pos (komputer anda mungkin salah satu daripadanya) dan berjuta komputer penerbitan menunggu panggilan anda untuk mendapatkan maklumat. Jaringan-jaringan ini dikendalikan oleh beribu-ribu organisasi berbeza syarikat telekomunikasi, kerajaan, institut penyelidikan, universiti, dan sebagainya. Pastinya penyalahgunaan Internet sebegini telah menimbulkan gambaran negatif kepada pengguna Malaysia. Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa isu-isu ini lebih merupakan masalah budaya. Tidak dinafikan, rakyat Malaysia sedang mengalami kejutan budaya dengan ketibaan medium baru ini.
Kebimbangan para ibu bapa memang berasas terhadap kandungan Internet. Dalam masa yang sama, para majikan juga turut merasa bahawa kadang-kadang para pekerja menghabiskan banyak masa melunsuri World Wide Web (WWW) daripada melakukan kerja-kerja sebenar. Kebimbangan tersebut diasaskan kepada pelunsuran terhadap laman-laman yang tidak berfaedah dan boleh merosakkan moral. Para ibu bapa dan majikan merasa keliru dengan polisi tiada sekatan yang dikenakan terhadap Internet oleh pihak kerajaan. Padahal dalam masa yang sama ramai ahli-ahli sosial menggesa supaya capaian kepada dunia siber ini dikawal. Walaupun nilai budaya dan ketahanan diri merupakan senjata paling ampuh dalam menangani keburukan yang dibawa oleh Internet, terdapat juga kaedah secara terkini dalam menapis laman-laman web yang tidak bersesuaian dengan agama dan nilai budaya kita. Golongan remaja adalah antara mangsa yang menjadi sasaran kepada gejala ini. Kehadiaran laman laman yang lucah dan tidak bersesuaian dengan nilai budaya masyarakat Malaysia ibarat mengantuk disorong bantal dan remaja dengan kawalan yang longgar dari ibubapa telah didorong untuk meluncuri laman-laman ini. Kesudahannya remaja menjadi liar dan berani untuk melakukan aksi-aksi yang dipamerkan didalam laman web tersebut. Ini telah mencetus dan menjadikan gejala keruntuhan akhlak leih berleluasa. Remaja dalam dalam lingkungan umur belasan tahun sudah berani dan juka dilihat dari jenayah yang lakukan membariskan golongan remaja ini sebagai penjenayah. Kes-kes seperti rogol, rompak, peras ugut dan seks rambang adalah telah meningkat sejak akhir-akhir ini. Puncanya sudah tentulah dari didikan alam siber yang pastinya merasuk remaja untuk melakukan kegiatan sumbang itu.
Daripada isu penyebaran laman-laman lucah ini telah memungkinkan gejala ketagihan terhadap internet ini menjadi-jadi khasnya kedapa golongan remaja. Hal ini telah menyebabkan pembuangan masa yang tidak disedari berlaku. Ketagihan ini banyak memberi impak yang kurang sihat. Dan ketagihan ini boleh diklasifikasikan mengikut jenisnya.

Antaranya ketagihan seks-siber (Cybersexual) iaitu ketagihan untuk memasuki laman web dan berborak (chat) di lawan-laman web dewasa serta berunsur lucah.
Ketagihan ini juga ada hubungan dengan kehubungan-siber (Cyber-relationship) iaitu ketagihan untuk menghubungi kawan-kawan di internet sama ada melalui chat atau kumpulan perbincangan (newsgroup), termasuk juga hubungan dengan rakan-rakan yang istimewa. Ketagihan dalam konteks Net Compulsions iaitu ketagihan yang menuntut minat dengan hal-hal yang bersangkutan dengan perjudian, lelongan serta perniagaan yang terdapat di internet. Ketagihan ketagihan ini banyak menyebabkan remaja bagaikan tidur bersama layar komputer. Bagi mereka internet adalah dunia yang paling karib. Segala tuntutan dunia sudah tentu menjadi perkara remeh yang tidak berfaedah. Lama kelamaan sikap malas akan timbul dan remaja khasnya akan menjadi lesu tanpa aktiviti sukan dan riadah. Hal ini memerlukan perhatian yang sepenuhnya dari ibubapa.

Fenomena Internet memang tidak dapat dinafikan. Dalam tempoh tiga puluh tahun, sistem rangkaian komputer terbesar itu merevolusikan setiap aspek kehidupan manusia. Sangat penting dan besar kesan teknologi ini sehingga lahir pegangan baru iaitu "Internetism" dan masyarakat "Netizen" yang mendokong teknologi itu dalam aspek kehidupan masyarakat. Berdasarkan pandangan panganalisis, Internet akan mengubah cara hidup, bermain dan mendapatkan maklumat. Perubahan itu sedang berlaku dan pada kadar lebih pantas daripada apa yang dijangkakan. Malah, banyak perkara biasa yang dilakukan sebelum ini seperti membeli barang, mendengar muzik dan melawat perpustakaan boleh dilakukan di Internet. Ledakan Internet ini pada masa yang sama, mendorong kepada pembukaan lebih banyak lokasi yang menyediakan akses Internet. Di Malaysia dan serata dunia, konsep kafe Internet tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Dalam kurang dari tigatahun terdapat beribu pusat akses Internet di seluruh Malaysia. Cukup baik sambutan terhadap pusat berkenaan sehingga lahir persatuan pengusaha kafe siber di Malaysia.
Walaupun, pusat-pusat ini pada permulaannya menjadi saluran kepada capaian maklumat yang mudah dan murah kepada masyarakat, kehadiran golongan tidak bertanggungjawab selain beberapa pengusaha yang membenarkan aktiviti tidak sihat di premis siber itu menimbulkan pelbagai masalah. Pusat Internet itu kini dikatakan menjadi tempat membuaag masa, berkumpul, merokok dan ponteng sekolah. Selain itu, sambutan baik daripada pengguna terutama pelajar dan remaja mendorong pusat berkenaan dibuka sehingga awal pagi seperti disko dan pub. Terbaru, pusat berkenaan dikatakan menggunakan imej kafe siber sebagai menutup aktiviti perjudian yang berlangsung didalamnya. Akhir tahun lalu, polis Selangor menyerbu dua kafe siber Internet di Kmapung Baru Subang dan Damansara Jaya yang juga digunakan sebagai tempat perjudian yang mana pengunjung perlu membayar sejumlah wang untuk menggunakan komputer dengan program perjudian. Malah, masalah yang sama dilaporkan di Johor yang mana tiga remaja menghilangkan diri selepas menjadi mangsa hutang RM40,000 selepas berjudi menggunakan mesin slot di premis kafe siber. Ini menjadi kebimbangan kita semua dalam merencah teknologi digital ini sebagai medium kemajuan sarwajagat.
Tidak bermakna kita harus menolak Internet oleh kerana ada unsur-unsur keburukan seperti bahan-bahan lucah, ajaran sesat, unsur orientalis, dan propaganda jahat. Faktor daya saring yang bertunjangkan kepada kekuatan ilmu dan sistem nilai sewajarnya menjadi faktor terbaik mendepani pengaruh maklumat tersebut. Peranan sektor swasta yang bercirikan kepada nilai susila bukan hanya nilai komersil menampakkan prihatin yang ditunjukkan oleh golongan ahli perniagaan. Akta yang disusun teliti dimana Akta untuk membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu dan bahan lucah menerusi Internet perlu disegerakan bagi membendung gejala negatif itu daripada terus berleluasa dan kerajaan pula sedang merangka satu akta bagi membolehkan satu tindakan diambil terhadap penyebar maklumat palsu dan bahan lucah menerusi Internet di negara ini. Rang Undang-Undang Jaminan berkaitan Super Koridor Multimedia (MSC) yang diumumkan beberapa tahun lalu, telah menegaskan tentang sepuluh perkara penting yang diberi jaminan oleh kerajaan dan satu daripadanya ialah tiada sebarang penapisan bagi Internet.

Keperluan untuk meneroka bidang teknologi baru selaras dengan ledakan teknologi maklumat (IT) telah menempatkan negara dalam keadaan pertukaran paradigma sosio-ekonomi di abad ke-21. Untuk bersedia menghadapi pertukaran paradigma ini, Malaysia mesti menggerakkan diri menceburi sektor perkhidmatan, terutamanya perkhidmatan IT. Teknologi multimedia yang berkait secara langsung dengan Internet telah dikenal pasti sebagai bidang utama yang akan dibangunkan dalam Koridor Raya Multimedia (MSC). Matlamat utama negara ialah ingin membangunkan satu industri multimedia yang akan menghasilkan keluaran dan perkhidmatan bagi keperluan pasaran serantau dan global. Penggunaan IT yang berasaskan kepada acuan tempatan amat penting untuk mempastikan konsep ini tidak diselubungi oleh konsep global masyarakat bermaklumat yang didominasikan oleh barat. Harus diingat bahawa sistem nilai IT datangnya dari barat. Walaupun kita membenarkan dasar langit terbuka, rakyat Malaysia seharusnya tidak terperangkap dengan arus pemikiran kebaratan. Dari sinilah berdasarkan acuan pemikiran dengan nilai-nilai murni masyarakat kita, sebuah masyarakat yang diidamkan dapat dibentuk menjelang tahun 2020. Agenda IT Negara (NITA) yang membabitkan tiga komponen utama memberi penekanan terhadap masyarakat, infostruktur, dan aplikasi.
Langkah bijak haruslah diambil oleh setiap lapisan masyarakat bagi memberi kesedaran kepada remaja khasnya. Ibubapa haruslah mendekatkan diri dengan dunia internet ini dengan mempelajari hal-hal mengenai internet dan ibu bapa perlu mendapatkan pengetahuan melalui bahan-bahan bacaan ataupun perbincanagn sama ada dengan rakan-rakan ataupun masyarakat sekitar.
Penglibatan ibubapa dengan mengambil bahagian atau turut serta meluangkan masa mereka untuk bersama-sama anak sama ada di rumah, pusat masyarakat atau kafe siber adalah langkah yang sewajarnya diambil. Selain itu ibubapa juga disarankan sentiasa mengambil tahu maklumat mengenai perisian atau alatan yang sesuai untuk mengawal remaja dan membiarkan mereka selamat ketika melayari internet. Ibubapa juga perlu mengambil tahu tentang kuburukan serta jenis-jenis bahaya dan risiko yang wujud ketika melayari internet.
Secara khusus, Internet telah memberi kesan terhadap hak rakyat Malaysia melalui isu kebebasan dan privasi. Ini bermakna memang kerajaan Malaysia menghormati hak kebebasan bersuara - hak untuk memberi pandangan, kepada siapa pandangan tersebut ditujukan dan privasi menggunakan saluran komunikasi, termasuk Internet, daripada diperhatikan atau ditapis.
Kebebasan bersuara sepatutnya didasarkan kepada nilai-nilai moral yang sesuai dengan agama dan budaya warisan. Internet membawa pelbagai dorongan dari segenap ceruk dunia dan latar belakang budaya. Pastinya tidak semua nilai dan kandungan yang dibawa tersebut bersesuaian dengan keperluan rakyat dan negara. Dalam masa yang sama, untuk mengehadkan capaian teknologi ini, serta menghalang cetusan idea baru merupakan satu tugas yang komplikated dan lebih buruk lagi satu tindakan yang tidak produktif.
Apa yang penting ialah masyarakat dan negara menggunakan Internet bagi meningkatkan nilai kehidupan kita. Dalam masa yang sama, semua pihak perlu mempastikan bahawa proses sosial bagi membentuk sistem nilai tersendiri dilaksanakan sepanjang masa. Lanjutan dari ini, keadilan dan kebebasan sosial bergantung kepada bagaimana rakyat Malaysia mengendalikan tiga isu asas, iaitu pendidikan, teknologi maklumat (termasuk Internet) dan kebebasan bersuara. Kerajaan sahaja tidak dapat mengawal kandungan yang diposkan melalui Internet. Justru itu, tapisan dan kawalan ke atas kandungan menjadi isu serius. Ia sepatutnya dipindahkan kepada semua organisasi dan institusi sosial. Hasilnya, unit keluarga, sekolah dan guru-guru, syarikat dan komuniti setempat bertanggungjawab menjadi penapis dan agen mengukuhkan nilai-nilai mulia.
Malaysia perlu menggunakan kuasa yang dibawa oleh Internet, dan dalam masa yang sama sedar mengenai kekangan yang wujud. Sesungguhnya banyak pelajaran yang boleh diambil di atas letusan maklumat tersebut.
Dalam dunia pendidikan pula, pendidik haruslah bersedia menerima perubahan. Jangan berterusan menggunakan kaedah dan peralatan lama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru sepatutnya menyediakan setiap pelajar kesediaan mental dan ilmu untuk memasuki dunia IT. Tidak dapat dinafikan bahawa pengautomatan dan penggunaan komputer dalam setiap bidang usaha manusia menjadi daya penggerak bagi perubahan ke Era Maklumat. Pendidik di semua peringkat, dari sekolah rendah hingga ke kolej dan universiti perlu mengiktiraf kesan komputer dan IT, serta mempunyai pandangan yang jauh bukan sahaja untuk mencadang, malah dalam banyak hal menggalakkan pelajar belajar sifat dan penggunaan komputer sebagai satu bahagian yang penting dalam pendidikan formal.
Satu langkah yang penting bagi setiap rakyat Malaysia ialah meningkatkan kesedaran terhadap Internet dan aktiviti yang bersangkutan dengannya bagi mempastikan teknologi ini benar-benar dapat diserap dan dijana sebaiknya. Penerapan nilai-nilai budaya setempat dalam membawa Malaysia bagi menuju masyarakat berilmu.

Enter supporting content here